Provided by: calibre_3.21.0+dfsg-1build1_all bug

NAME

       ebook-convert - ebook-convert

          ebook-convert input_file output_file [options]

       Tukar format e-buku dari satu format ke format yang lain.

       input_file  ialah  input  dan output_file ialah output. Kedua-dua mesti dinyatakan sebagai
       dua argumen pertama perintah.

       Format e-buku output diteka  dari  sambungan  fail  output_file.  output_file  juga  boleh
       menjadi  format  khas  .EXT yang mana EXT ialah sambungan fail output file. Dalam kes ini,
       nama fail output diambil dari nama fail input. Perhatian nama  fail  mesti  tidak  bermula
       dengan  tanda  hyphen.  Akhir  sekali, jika output_file tidak mempunyai sambungan, maka ia
       dianggap sebagai direktori dan "open ebook" (OEB) yang mengandungi fail HTML yang  ditulis
       ke dalam direktori tersebut. Fail ini biasanya telah dilepasi ke pemalam output.

       Selepas  menyatakan  fail  input dan output anda boleh suaikan penukaran dengan menyatakan
       pelbagai pilihan. Pilihan tersedia bergantung pada jenis  fail  input  dan  output.  Untuk
       mendapatkan bantuan nyatakan fail input dan output dan kemudian guna pilihan -h.

       Untuk dokumentasi penuh sistem penukaran, lihat conversion

       Whenever  you  pass  arguments  to  ebook-convert  that  have  spaces in them, enclose the
       arguments in quotation marks. For example: "/some path/with spaces"

       Pilihan dan nilai lalai bagi perubahan pilihan bergantung pada kedua-dua format input  dan
       output, jadi anda seharusnya sentiasa semak dengan:

          ebook-convert myfile.input_format myfile.output_format -h

       Dibawah  merupakan pilihan umum untuk semua penukaran, diikuti dengan pilihan khusus untuk
       setiap format input dan output.

       • PILIHAN INPUTPILIHAN OUTPUTPENAMPILANPEMPROSESAN HEURISTIKGELINTAR DAN GANTIPENGESANAN STRUKTURISI KANDUNGANDATA METANYAHPEPIJAT

       --help, -h
              tunjuk mesej bantuan ini dan keluar

       --input-profile
              Nyatakan profil input. Profil input memberikan maklumat sistem penukaran  bagaimana
              hendak  tafsir  pelbagai  maklumat  di dalam dokumen input. Sebagai contoh resolusi
              bergantung pada panjang (iaitu  panjang  dalam  piksel).  Pilihan  adalah:cybookg3,
              cybook_opus,  default,  hanlinv3,  hanlinv5, illiad, irexdr1000, irexdr800, kindle,
              msreader, mobipocket, nook, sony, sony300, sony900

       --list-recipes
              Senaraikan nama resepi terbina-dalam. Anda boleh cipta satu e-buku  melalui  resepi
              terbina-dalam seperti ini: ebook-convert "Recipe Name.recipe" output.epub

       --output-profile
              Nyatakan profil output. Profil output memberitahu sisten penukaran bagaimana hendak
              optimumkan dokumen yang dihasilkan untuk peranti tertentu (seperti  saizkan  semula
              imej  untuk saiz skrin peranti). Dalam sesetengah situasi, satu profil output boleh
              digunakan untuk optimumkan output bagi peranti tersebut, tetapi ia jarang  berlaku.
              Pilihan   adalah:cybookg3,  cybook_opus,  default,  generic_eink,  generic_eink_hd,
              generic_eink_large, hanlinv3, hanlinv5, illiad, ipad, ipad3, irexdr1000, irexdr800,
              jetbook5,  kindle,  kindle_dx,  kindle_fire,  kindle_oasis,  kindle_pw, kindle_pw3,
              kindle_voyage,  kobo,  msreader,  mobipocket,   nook,   nook_color,   nook_hd_plus,
              pocketbook_900, pocketbook_pro_912, galaxy, sony, sony300, sony900, sony-landscape,
              sonyt3, tablet

       --version
              tunjuk nombor versi program dan keluar

PILIHAN INPUT

       Pilihan untuk mengawal pemprosesan fail input mobi

       --input-encoding
              Tentukan pengkodan aksara bagi dokumen yang di inputkan. Jika  di  setkan,  pilihan
              ini  akan membatalkan sebarang pengkodan yang diinyatakan oleh dokumen itu sendiri.
              Ia sangat berguna bagi dokumen-dokumen yang tidak menyatakan pengkodannya atau yang
              mempunyai kesilapan pernyataan pengkodan.

PILIHAN OUTPUT

       Pilihan untuk mengawal pemprosesan fail output epub

       --dont-split-on-page-breaks
              Matikan  pemisahan  pada  hentian  halaman.  Biasanya  fail  input  dipisah  secara
              automatik pada setiap hentian halaman  menjadi  dua  fail.  Ini  memberikan  e-buku
              output   yang   boleh   dihurai  lebih  pantas  dengan  kurang  penggunaan  sumber.
              Walaubagaimanapun, pemisahan adalah perlahan dan jika fail sumber anda  mengandungi
              jumlah  hentian  halaman  yang sangat besar, anda patut mematikan pemisahan hentian
              halaman.

       --epub-flatten
              Pilihan ini hanya diperlukan jika anda berniat untuk guna EPUB dengan FBReaderJ. Ia
              akan  ratakan  sistem fail yang ada di dalam EPUB, meletakkan semua fail dalam aras
              tertinggi.

       --epub-inline-toc
              Sisip Isi Kandunagan dalaman yang akan muncul  sebagai  sebahagian  dari  kandungan
              buku utama.

       --epub-toc-at-end
              Letak Isi Kandungan dalam garis dipenghujung buku selain di permulaan.

       --extract-to
              Ekstrak  kandungan  fail  EPUB  yang dijana ke direktori yang dinyatakan. Kandungan
              direktori adalah mula-mula dipadamkan, oleh itu hati-hati.

       --flow-size
              Pisah semua fail HTML yang lebih besar dari saiz ini (dalam KB).  Ia  perlu  kerana
              kebanyakan  pembaca EPUB tidak dapat kendalikan saiz fail besar. Lalai 260KB adalah
              saiz yang diperlukan untuk Adobe Digital Editions. Tetapkan pada 0 untuk  lumpuhkan
              pembahagian berasaskan saiz.

       --no-default-epub-cover
              Biasanya  jika fail input tidak mempunyai kulit luar dan anda tidak nyatakan, kulit
              lalai dijana dengan tajuk, pengarang, dll. Pilihan ini  lumpuhkan  penjanaan  kulit
              buku ini.

       --no-svg-cover
              Jangan guna SVG untuk kulit buku. Guna pilihan ini jika EPUB anda akan diguna dalam
              peranti yang tidak menyokong format SVG, seperti iPhone atau  JetBook  Lite.  Tanpa
              pilihan ini, peranti tersebut akan paparkan kulit buku sebagai muka kosong.

       --preserve-cover-aspect-ratio
              Bila  menggunakan  kulit  hadapan  SVG,  pilihan ini akan menyebabkan kulit hadapan
              diskalakan untuk meliputi kawasan skrin yang ada, tetapi masih  mengekalkan  nisbah
              bidangnya  (nisbah  lebar terhadap tinggi). Ini bermaksud akan wujud sempadan putih
              disisi atau atas dan bawah imej, tetapi imej tidak akan diherotkan.  Tanpa  pilihan
              ini imej akan menjadi sedikit herot, tetapi sempadan tidak akan wujud.

       --pretty-print
              Jika  dinyatakan,  pemalam output akan cuba cipta output yang boleh dibaca manusia.
              Mungkin tidak memberi kesan kepada beberapa pemalam output.

       --toc-title
              Tajuk bagi mana-mana isi kandungan dalaman yang terjana.

PENAMPILAN

       Pilihan untuk mengawal penampilan output

       --asciiize
              Transliterasi aksara unikod menjadi perwakilan ASCII. Guna dengan hati-hati  kerana
              ia  akan  menggantikan  aksara unikod dengan ASCII. Contohnya ia akan ganti "Михаил
              Горбачёв" dengan "Mikhail Gorbachiov". Dan  juga,  dalam  kes  terdapat  perwakilan
              berbilang  aksarar  (aksara  yang  dikongsi  oleh bahasa Cina dan Jepun) perwakilan
              berasaskan bahasa antaramuka calibre semasa akan digunakan.

       --base-font-size
              Nyatakan saiz fon dasar dalam pts. Semua saiz fon dalam buku yang  dihasilkan  akan
              diskalakan berdasarkan saiz ini. Dengan memilih saiz lebih besar anda boleh jadikan
              fon yang lebih besar dan sebaliknya juga boleh  berlaku.  Secara  lalai,  saiz  fon
              dasar dipilih berdasarkan pada profil output yang anda pilih.

       --change-justification
              Ubah kewajaran teks. Nilai "kiri" tukar semua teks terwajar di dalam sumber menjadi
              teks terjajar kiri (iaitu. tidak terwajar). Nilai "wajar" tukar  semua  teks  tidak
              terwajar  menjadi  terwajar.  Nilai  "asal"  (lalai)  tidak mengubah kewajaran fail
              sumber. Perhatian hanya beberapa format output menyokong kewajaran.

       --disable-font-rescaling
              Lumpuhkan semua penskalaan semula saiz fon.

       --embed-all-fonts
              Benamkan setiap fon yang  dirujuk  dalam  dokumen  input  tetapi  sebenarnya  tidak
              dibenam.  Ia  akan  menggelintar fon tersebut dalam sistem anda, dan jika temui, ia
              akan dibenamkan. Pembenaman hanya berlaku jika format yang anda tukar menyokong fon
              terbenam,  seperti  EPUB,  AZW3,  DOCX atau PDF. Sila pastikan anda mempunyai lesen
              untuk membenamkan fon tersebut untuk digunakan dalam dokumen ini.

       --embed-font-family
              Benamkan keluarga fon tertentu ke dalam  buku.  Ini  menyatakan  fon  "dasar"  yang
              digunakan  untuk  buku.  Jika  dokumen  input menyatakan fonnya sendiri, ia mungkin
              membatalkan fon dasar ini. Anda boleh guna  pilihan  maklumat  gaya  penapis  untuk
              membuang  fon  dari  dokumen input. Perhatian pembenaman fon hanya berfungsi dengan
              beberapa format output, biasanya EPUB, AZW3 dan DOCX.

       --expand-css
              Secara lalai, calibre akan guna kependekan untuk pelbagai sifat CSS seperti margin,
              pemadatan,  sempadan,  dll.  Pilihan  ini akan menyebabkan ia gunakan bentuk penuh.
              Perhatian CSS sentiasa dikembangkan bila menjana fail  EPUB  dengan  profil  output
              ditetapkan  pada  salah  satu  profil  Nook  kerana  Nook  tidak  dapat  kendalikan
              kependekan CSS.

       --extra-css
              Sama ada laluan ke lembaran gaya CSS atau CSS mentah.  CSS  ini  akan  ditambah  ke
              peraturan gaya dari fail sumber, supaya ia boleh digunakan untuk batalkan peraturan
              tersebut.

       --filter-css
              Satu senarai dipisah tanda koma sifat CSS akan dibuang dari  semua  peraturan  gaya
              CSS. Ia berguna jika kehadiran beberapa maklumat gaya menghalang ia dari dibatalkan
              oleh peranti anda. Contohnya: font-family,color,margin-left,margin-right

       --font-size-mapping
              Pemetaan  dari  nama  fon  CSS  ke  saiz  fon  dalam  pt.  Contoh  penetapan  ialah
              12,12,14,16,18,20,22,24.  Ini  merupakan  pemetaan  untuk saiz xx-small sehinggalah
              xx-large, dengan saiz akhir merupakan fon amat besar. Algoritma  penskalaan  semula
              fon  gunakan  saiz  ini  untuk  skalakan semula fon secara pintar. Lalai ialah guna
              pemetaan berdasarkan pada profil output yang anda pilih.

       --insert-blank-line
              Sisip baris kosong diantara perenggan. Tidak akan berfungsi jika fail sumber  tidak
              guna perenggan (tag <p> atau <div>).

       --insert-blank-line-size
              Tetapkan  tinggi  baris  kosong  yang  disisip  (dalam  em).  Tinggi baris diantara
              perenggan akan menjadi dua kali ganda nilai yang ditetapkan di sini.

       --keep-ligatures
              Kekalkan ligatur yang hadir di dalam dokumen input. Ligatur  ialah  penerapan  khas
              bagi  pasangan  aksara  seperti  ff, fi, fl dan lain-lain. Kebanyakan pembaca tidak
              mempunyai sokongan bagi ligatur di dalam fon lalai mereka, jadi mereka tidak  dapat
              diterap  dengan  betul.  Secara  lalai,  calibre  akan  jadikan ligatur dalam bentu
              pasangan aksara biasa berkenaan. Pilihan ini akan dikekalkan.

       --line-height
              Tinggi baris dalam pt. Kawal jarak diantara baris berturutan  teks.  Hanya  laksana
              pada  unsur  yang  tidak  takrif tinggi baris mereka sendiri. Dalam kebanyakan kes,
              pilihan tinggi baris minimum adalah lebih berguna. Secara  lalai  tiada  manipulasi
              tinggi baris dibuat.

       --linearize-tables
              Sesetengah  dokumen direka teruk dengan jadual yang mana ia mengawal bentangan teks
              dalam halaman. Bila menukar dokumen ini biasanya teks terkeluar  dari  halaman  dan
              ada   artifak  lain.  Pilihan  ini  akan  mengekstrak  kandungan  dari  jadual  dan
              persembahkannya dalam fesyen linear.

       --margin-bottom
              Tetapkan margin bawah dalam pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan ini  adalah  kurang  dari
              sifar  yang  akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin dalam dokumen
              asal akan dikekalkan). Perhatian: Format berorientasikan halmaan  seperti  PDF  dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --margin-left
              Tetapkan  margin  kiri  dalam  pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan ini adalah kurang dari
              sifar yang akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin  dalam  dokumen
              asal  akan  dikekalkan).  Perhatian: Format berorientasikan halmaan seperti PDF dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --margin-right
              Tetapkan margin kanan dalam pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan ini  adalah  kurang  dari
              sifar  yang  akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin dalam dokumen
              asal akan dikekalkan). Perhatian: Format berorientasikan halmaan  seperti  PDF  dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --margin-top
              Tetapkan  margin  atas  dalam  pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan ini adalah kurang dari
              sifar yang akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin  dalam  dokumen
              asal  akan  dikekalkan).  Perhatian: Format berorientasikan halmaan seperti PDF dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --minimum-line-height
              Tinggi baris minimum, sebagai peratus unsur saiz  fon  yang  dikira.  calibre  akan
              pastikan  yang  mana  setiap   unsur mempunyai tinggi baris sekurang-kurangnya ikut
              tetapan ini, tidak menuruti apakah input dokumen  tentukan.  Tetapkan  sifar  untuk
              lumpuhkan. Lalai ialah 120%. Guna tetapan ini dalam keutamaan ke spesifikasi tinggi
              baru, melainkan anda tahu apa yang anda buat.  Contohnya,  anda  boleh  dapat  teks
              "berjarak ganda dua" dengan menetapkannya menjadi 240.

       --remove-paragraph-spacing
              Buang  penjarakan  diantara  perenggan. Juga tetapkan inden pada perenggan sebanyak
              1.5em. Pembuangan penjarakan tidak berfungsi jika fail sumber tidak guna  perenggan
              (tag <p> atau <div>).

       --remove-paragraph-spacing-indent-size
              Bila  calibre membuang baris kosong diantara perenggan, ia tetapkan inden perenggan
              secara  automatik  untuk  memastikan  perenggan  mudah  dikenalpasti.  Pilihan  ini
              mengawal lebar inden tersebut (dalam em). Jika anda tetapkan nilainya negatif, maka
              inden yang dinyatakan dalam dokumen  input  akan  digunakan,  iaitu  calibre  tidak
              mengubah indentasinya.

       --smarten-punctuation
              Tukar  petikan,  sengkang  dan  elipsis  biasa  pada  yang setara setepatnya secara
              tipografi.            Untuk            perincian,            sila             rujuk
              https://daringfireball.net/projects/smartypants

       --subset-embedded-fonts
              Sebset  semua fon terbenam. Setiap fon terbenam dikurangkan hanya untuk mengandungi
              glif yang diguna dalam dokumen ini. Ia kurangkan saiz fail fon. Berguna  jika  anda
              membenamkan fon besar tertentu yang mengandungi banyak glif yang tidak perlu.

       --transform-css-rules
              Laluan  ke  fail  yang mengandungi peraturan pengubah gaya CSS dalam buku ini. Cara
              termudah mencipta fail sebegitu adalah dengan menggunakan  bestari  untuk  mencipta
              peraturan di dalam GUI calibre. Capai ia dalam seksyen "Penampilan->Ubah gaya" bagi
              dialog pertukaran.  Seusai  anda  mewujudkan  peraturan,  anda  boleh  guna  butang
              "Eksport" untuk menyimpannya ke dalam fail.

       --unsmarten-punctuation
              Tukar petikan, sengkang dan elipsis yang pelik mengikut format piawainya.

PEMPROSESAN HEURISTIK

       Ubah suai teks dan struktur dokumen menggunakan corak umum. Dilumpuhkan secara lalai. Guna
       --enable-heuristics untuk dibenarkan. Tindakan individu boleh dilumpuhkan  dengan  pilihan
       --disable-
       *
       .

       --disable-dehyphenate
              Analisis  perkataan  bersempang  menyeluruhi dokumen. Dokumen itu sendiri digunakan
              sebagai kamus untuk tentukan sama ada  tanda  sempang  seharusnya  dikekalkan  atau
              dibuang.

       --disable-delete-blank-paragraphs
              Buang perenggan kosong dari dokumen bila ia wujud diantara setiap perenggan lain

       --disable-fix-indents
              Hidupkan  identasi  yang  dicipta  dari entiti jarak tidak-henti berbilang ke dalam
              inden CSS.

       --disable-format-scene-breaks
              Penanda hentian adegan terjajar kiri adalah dijajar tengah.  Ganti  hentian  adegan
              lembut yang guna baris kosong berbilang dengan peratusan mengufuk.

       --disable-italicize-common-cases
              Cari perkataan dan corak umum yang diwakili dengan condong dan kecondongan mereka.

       --disable-markup-chapter-headings
              Kesan  pengepala  dan sub pengepala bab. Ubah ia menjadi tag h2 dan h3. Tetapan ini
              tidak akan hasilkan TOC, tetapi boleh digunakan di dalam konjuksi dengan pengesanan
              struktur jika mahu membinanya.

       --disable-renumber-headings
              Cari  kemunculan  jujukan tag <h1> atau <h2>. Tag dinombor semula untuk menghindari
              pemisahan ditengah-tengah pengepala bab.

       --disable-unwrap-lines
              Nyahlilit baris menggunakan tanda baca dan lain-lain tanda pemformatan.

       --enable-heuristics
              Benarkan pemprosesan  heuristik.  Pilihan  ini  mesti  ditetapkan  untuk  mana-mana
              pemprosesan heuristik untuk dijalankan.

       --html-unwrap-factor
              Skala  yang digunakan untuk menentukan panjang yang mana baris patut tidak dililit.
              Nilai yang sah adalah desimal diantara 0 hingga 1. Lalai ialah 0.4, sedikit dibawah
              panjang  baris  median.  Jika  hanya  beberapa  baris  di  dalam dokumen memerlukan
              penyahlilitaan, nilai ini patut dikurangkan.

       --replace-scene-breaks
              Ganti hentian adegan dengan teks yang dinyatakan. Secara lalai, teks  dari  dokumen
              input digunakan.

GELINTAR DAN GANTI

       Ubahsuai teks dan struktur dokumen menggunakan corak ditakrif pengguna.

       --search-replace
              Laluan  ke  fail  yang  mengandungi  ungkapan  nalar gelintar dan ganti. Fail mesti
              mengandungi bari alternatif bagi ungkapan nalar yang diikuti oleh corak penggantian
              (yang  boleh  jadi baris kosong). Ungkapan nalar mesti dalam sintaks ungkapan nalar
              Python dan fail mesti terenkod UTF-8.

       --sr1-replace
              Penggantian untuk ganti teks yang ditemui dengan sr1-search.

       --sr1-search
              Gelintar corak (ungkapan nalar) yang diganti dengan sr1-replace.

       --sr2-replace
              Penggantian untuk ganti teks yang ditemui dengan sr2-search.

       --sr2-search
              Gelintar corak (ungkapan nalar) yang diganti dengan sr2-replace.

       --sr3-replace
              Penggantian untuk ganti teks yang ditemui dengan sr3-search.

       --sr3-search
              Gelintar corak (ungkapan nalar) yang diganti dengan sr3-replace.

PENGESANAN STRUKTUR

       Kawal pengesanan-automatik struktur dokumen.

       --chapter
              Ungkapan XPath untuk mengesan tajuk bab. Lalai ialah  dengan  menganggap  tag  <h1>
              atau   <h2>  yang  mengandungi  perkataan  "chapter","book","section",  "prologue",
              "epilogue", atau  "part"  sebahagian  dari  tajuk  bab  serta  mana-mana  tag  yang
              mempunyai  class="chapter".  Ungkapan  digunakan mesti menilai senarai unsur. Untuk
              lumpuhkan pengesanan bab, guna ungkapan "/". Sila rujuk  Tutorial  XPath  di  dalam
              Panduan Pengguna calibre untuk bantuan lanjut berkenaan penggunaan fitur ini.

       --chapter-mark
              Nyatakan  bagaimana  hendak tanda bab yang dikesan. Nilai "pagebreak" akan menyisip
              hentian halaman sebelum bab. Nilai "rule" akan menyisip  satu  baris  sebelum  bab.
              Nilai  "none"  akan  lumpuhkan  penandaan  bab dan nilai "both" akan guna kedua-dua
              hentian halaman dan baris untuk menanda bab.

       --disable-remove-fake-margins
              Sesetengah dokumen nyatakan margin halaman dengan menyatakan margin kiri dan  kanan
              pada  setiap  perenggan  secara  individu.  Calibre akan cuba mengesan dan membuang
              margin ini. Kadangkala, ia menyebabkan  pembuangan  margin  yang  tidak  sepatutnya
              dibuang. Dalam situasi ini anda boleh lumpuhkan pembuangan tersebut.

       --insert-metadata
              Sisip data meta buku pada permulaan buku. Ia berguna jika pembaca e-buku anda tidak
              menyokong papar/gelintar data meta secara langsung.

       --page-breaks-before
              Ungkapan XPath. Hentian  halaman  disisip  sebelum  unsur  yang  dinyatakan.  Untuk
              lumpuhkan penggunaan ungkapan: /

       --prefer-metadata-cover
              Guna  kulit  hadapan yang dikesan dari fail sumber dalam keutamaan ke kulit hadapan
              yang dinyatakan.

       --remove-first-image
              Buang imej pertama dari e-buku input. Berguna jika  dokumen  input  mempunyai  imej
              kulit buku yang tidak dikenalpasti sebagai kulit buku. Dalam situasi ini, jika anda
              tetapkan kulit buku dalam calibre, dokumen output akan  mempunyai  dua  imej  kulit
              buku jika anda tidak nyatakan pilihan ini.

       --start-reading-at
              Ungkapan  XPath  untuk mengesan lokasi dalam dokumen untuk mula membaca. Sesetengah
              program membaca e-buku (umumnya Kindle) gunakan lokasi ini sebagai kedudukan  untuk
              membuka  buku.  Sila  rujuk  tutorial XPath di dalam Panduan Pengguna calibre untuk
              bantuan lanjutan berkenaan penggunaan fitur ini.

ISI KANDUNGAN

       Kawal penjanaan automatik Isi Kandungan. Secara lalai,  jika  fail  sumber  mempunyai  Isi
       Kandungan, ia akan digunakan dalam keutamaan ke yang terjana secara automatik.

       --duplicate-links-in-toc
              Bila mencipta TOC dari pautan dalam dokumen input, benarkan masukan berganda, iaitu
              benarkan lebih dari satu masukan dengan teks yang sama,  yang  mana  ia  menuju  ke
              lokasi yang berbeza.

       --level1-toc
              Ungkapan  XPath yang menyatakan semua tag perlu ditambah ke dalam Senarai Kandungan
              pada aras satu. Jika ia dinyatakan, ia mendahului lain-lain bentuk auto-pengesanan.
              Sila rujuk Tutorial XPath dalam Panduan Pengguna calibre untuk lihat contoh.

       --level2-toc
              Ungkapan  XPath yang menyatakan semua tag perlu ditambah ke dalam Senarai Kandungan
              pada aras dua. Setiap masukan ditambah di bawah masukan aras satu sebelum ini. Sila
              rujuk Tutorial XPath dalam Panduan Pengguna calibre untuk lihat contoh.

       --level3-toc
              Ungkapan  XPath yang menyatakan semua tag perlu ditambah ke dalam Senarai Kandungan
              pada aras tiga. Setiap masukan ditambah di bawah masukan aras dua sebelum ini. Sila
              rujuk Tutorial XPath dalam Panduan Pengguna calibre untuk lihat contoh.

       --max-toc-links
              Bilangan  pautan  maksimum  disisip ke dalam TOC. Tetapkan 0 untuk lumpuhkan. Lalai
              ialah: 50. Pautan hanya ditambah ke TOC jika kurang dari ambang bilangan bab  telah
              dikesan.

       --no-chapters-in-toc
              Jangan tambah bab dikesan-sendiri ke Isi Kandungan.

       --toc-filter
              Buang masukan dari Isi Kandungan yang mana tajuk sepadan dengan ungkapan nalar yang
              dinyatakan. Masukan yang sepadan dan semua anaknya akan dibuang.

       --toc-threshold
              Jika lebih sedikit berbanding bilangan bab ini dikesan, maka pautan ditambah ke Isi
              Kandungan. Lalai: 6

       --use-auto-toc
              Biasanya,  jika  fail  sumber sudah mempunyai Senarai Kandungan, ia digunakan dalam
              keutamaan untuk auto-jana. Dengan pilihan ini, auto-jana sentiasa digunakan.

DATA META

       Pilihan untuk tetapkan data meta dalam output

       --author-sort
              Rentetan yang digunakan bila mengisih ikut pengarang.

       --authors
              Tetapkan pengarang. Pengarang berbilang seharusnya dipisah dengan tanda ampersand.

       --book-producer
              Tetapkan pengeluar buku.

       --comments
              Tetapkan keterangan e-buku.

       --cover
              Tetapkan kulit hadapan fail atau URL yang dinyatakan.

       --isbn Tetapkan ISBN buku.

       --language
              Tetapkan bahasa.

       --pubdate
              Tetapkan tarikh penerbitan (dianggap dalam zon waktu setempat, melainkan zon  waktu
              dinyatakan secara eksplisit)

       --publisher
              Tetapkan penerbit e-buku.

       --rating
              Tetapkan penarafan. Seharusnya nombor diantara 1 hingga 5.

       --read-metadata-from-opf, --from-opf, -m
              Baca  data  meta dari fail OPF yang dinyatakan. Data meta dibaca dari fail ini akan
              membatalkan mana-mana data meta dalam fail sumber.

       --series
              Tetapkan siri e-buku ini berasal.

       --series-index
              Tetapkan indeks buku dalam siri ini.

       --tags Tetapkan tag untuk buku. Seharusnya senarai dipisah dengan tanda koma.

       --timestamp
              Tetapkan setem masa buku (tiada lagi digunakan)

       --title
              Tetapkan tajuk.

       --title-sort
              Versi tajuk yang digunakan untuk pengisihan.

NYAHPEPIJAT

       Pilihan untuk bantu dengan menyahpepijat pertukaran

       --debug-pipeline, -d
              Simpan output dari tahap berlainan bagi penukaran talian  paip  ke  direktori  yang
              dinyatakan.  Berguna jika anda tidak pasti pada tahap manakah proses penukaran yang
              mana berlakunya pepijat.

       --verbose, -v
              Aras kejelaan. Nyatakan berapa kali untuk lebih kejelaan. Menyatakan dua kali  akan
              hasilkan  kejelaan  penuh,  sekali  kejelaan  sederhana  dan  sifar  paling  kurang
              kejelaan.

AUTHOR

       Kovid Goyal

COPYRIGHT

       Kovid Goyal