Provided by: calibre_3.21.0+dfsg-1build1_all bug

NAME

       ebook-polish - ebook-polish

          ebook-polish [pilihan] fail_input [fail_output]

       Menggilap buku ialah menjadikan e-buku yang dibina lebih terserlah

       Penggilapan   cuba   meminimumkan  perubahan  kod  dalaman  e-buku  anda.   Tidak  seperti
       pertukaran, ia tidak meratakan CSS, namakan semula fail, ubah  saiz  fon,  laras  margins,
       dll.  Setiap tindakan yang dilakukan hanya membuat perubahan minimum yang diperlukan untuk
       kesan yang dikehendaki.

       Anda patut guna alat ini kerana merupakan langkah terakhir dalam penciptaan e-buku anda.

       Perhatian, penggilapan hanya berfungsi pada faill dalam format AZW3atauEPUB.

       Whenever you pass arguments  to  ebook-polish  that  have  spaces  in  them,  enclose  the
       arguments in quotation marks. For example: "/some path/with spaces"

[PILIHAN]

       --compress-images, -i
              Mampat  imej  secara  tak  hilang  dalam  buku, untuk mengurangkan saiz fail, tanpa
              mempengaruhi kualiti imej.

       --cover, -c
              Laluan ke imej kulit buku. Perubahan kulit buku dinyatakan dalam e-buku. Jika tiada
              kulit  buku  hadir,  atau  kulit buku tidak dikenalpasti dengan baik, sisipkan satu
              kulit buku baharu.

       --embed-fonts, -e
              Benamkan semua fon yang dirujuk dalam dokumen tetapi sebenarnya tidak dibenam.   Ia
              akan mengimbas fon tersebut dalam komputer anda, dan jika temui, ia akan dibenamkan
              ke dalam dokumen. Sila pastikan anda mempunyai lesen yang sah untuk membenamkan fon
              tersebut untuk digunakan dalam dokumen ini.

       --help, -h
              tunjuk mesej bantuan ini dan keluar

       --jacket, -j
              Sisip  laman "jaket buku" pada permulaan buku yang mengandungi semua data meta buku
              seperti tajuk, tag, pengarang, siri, ulasan dan, lain-lain.  Mana-mana  jaket  buku
              terdahulu akan diganti.

       --opf, -o
              Laluan ke fail OPF. Data meta dalam buku dikemaskini dari fail OPF.

       --remove-jacket
              Buang halaman jaket buku yang disisip sebelum ini.

       --remove-unused-css, -u
              Buang  semua  peraturan CSS yang tidak digunakan dari lembaran gaya dan tag<style>.
              Sesetengah buku yang dicipta dari templat produksi boleh mempunyai sebilangan besar
              peraturan  CSS  ekstra  yang  tidak  memadani  mana-mana  kandungan  yang  sebenar.
              Peraturan rambahan dapat melambatkan pembaca dan perlu dihuraikannya semua.

       --smarten-punctuation, -p
              Tukar sengkang teks, elipsis, petikan, hyphen berbilang,  dan  lain-lain  ke  dalam
              setara  yang  betul secara tipografi. Perhatian algoritma kadangkala jana keputusan
              yang salah,  terutamanya  bila  petikan  tunggal  pada  permulaan  pemendekan  yang
              terlibat.

       --subset-fonts, -f
              Subset  fon  bermaksud mengurangkan fon terbenam yang hanya mengandungi aksara yang
              perlu sahaja digunakan dalam fon di dalam  buku.  Ia  mengurangkan  saiz  fail  fon
              (separuh  saiz  fail  fon adalah biasa). Contohnya, jika buku guna fon khusus untuk
              pengepala maka subset akan mengurangkan fon  yang  hanya  mengandungi  aksara  yang
              hadir  dalam  pengepala  di  dalam buku. Atau jika buku membenamkan versi tebal dan
              condong fon, tetapi teks tebal dan condong jarang digunakan,  atau  tiada  langsung
              digunakan.  Oleh  itu,  fon  tebal  dan  condong  boleh  dikurangkan  atau  dibuang
              sepenuhnya. Kelemahan membuat subset fon ialah jika anda  bercadang  mahu  menambah
              lagi  teks  ke dalam buku anda, teks yang baru ditambah mungkin tidak dapat dipapar
              sepenuhnya kerana fon telah disubset.

       --verbose
              Hasilkan lagi output berjela, berguna untuk penyahpepijatan.

       --version
              tunjuk nombor versi program dan keluar

AUTHOR

       Kovid Goyal

COPYRIGHT

       Kovid Goyal