Provided by: calibre_4.99.4+dfsg+really4.12.0-1ubuntu1_all bug

NAME

       ebook-convert - ebook-convert

          ebook-convert input_file output_file [options]

       Tukar format e-buku dari satu format ke format yang lain.

       input_file  ialah  input  dan output_file ialah output. Kedua-dua mesti dinyatakan sebagai
       dua argumen pertama perintah.

       Format e-buku output diteka  dari  sambungan  fail  output_file.  output_file  juga  boleh
       menjadi  format  khas  .EXT yang mana EXT ialah sambungan fail output file. Dalam kes ini,
       nama fail output diambil dari nama fail input. Perhatian nama  fail  mesti  tidak  bermula
       dengan  tanda  hyphen.  Akhir  sekali, jika output_file tidak mempunyai sambungan, maka ia
       dianggap sebagai direktori dan "open ebook" (OEB) yang mengandungi fail HTML yang  ditulis
       ke dalam direktori tersebut. Fail ini biasanya telah dilepasi ke pemalam output.

       Selepas  menyatakan  fail  input dan output anda boleh suaikan penukaran dengan menyatakan
       pelbagai pilihan. Pilihan tersedia bergantung pada jenis  fail  input  dan  output.  Untuk
       mendapatkan bantuan nyatakan fail input dan output dan kemudian guna pilihan -h.

       Untuk dokumentasi penuh sistem penukaran, lihat conversion

       Whenever  you  pass  arguments  to  ebook-convert  that  have  spaces in them, enclose the
       arguments in quotation marks. For example: "/some path/with spaces"

       Pilihan dan nilai lalai bagi perubahan pilihan bergantung pada kedua-dua format input  dan
       output, jadi anda seharusnya sentiasa semak dengan:

          ebook-convert myfile.input_format myfile.output_format -h

       Dibawah  merupakan pilihan umum untuk semua penukaran, diikuti dengan pilihan khusus untuk
       setiap format input dan output.

       • PILIHAN INPUTPILIHAN OUTPUTPENAMPILANPEMPROSESAN HEURISTIKGELINTAR DAN GANTIPENGESANAN STRUKTURISI KANDUNGANDATA METANYAHPEPIJAT

       --help, -h
              tunjuk mesej bantuan ini dan keluar

       --input-profile
              Nyatakan profil input. Profil input memberikan maklumat sistem penukaran  bagaimana
              hendak  tafsir  pelbagai  maklumat  di dalam dokumen input. Sebagai contoh resolusi
              bergantung pada panjang (iaitu  panjang  dalam  piksel).  Pilihan  adalah:cybookg3,
              cybook_opus,  default,  hanlinv3,  hanlinv5, illiad, irexdr1000, irexdr800, kindle,
              msreader, mobipocket, nook, sony, sony300, sony900

       --list-recipes
              Senaraikan nama resepi terbina-dalam. Anda boleh cipta satu e-buku  melalui  resepi
              terbina-dalam seperti ini: ebook-convert "Recipe Name.recipe" output.epub

       --output-profile
              Nyatakan profil output. Profil output memberitahu sisten penukaran bagaimana hendak
              optimumkan dokumen yang dihasilkan untuk peranti tertentu (seperti  saizkan  semula
              imej  untuk saiz skrin peranti). Dalam sesetengah situasi, satu profil output boleh
              digunakan untuk optimumkan output bagi peranti tersebut, tetapi ia jarang  berlaku.
              Pilihan   adalah:cybookg3,  cybook_opus,  default,  generic_eink,  generic_eink_hd,
              generic_eink_large, hanlinv3, hanlinv5, illiad, ipad, ipad3, irexdr1000, irexdr800,
              jetbook5,  kindle,  kindle_dx,  kindle_fire,  kindle_oasis,  kindle_pw, kindle_pw3,
              kindle_voyage,  kobo,  msreader,  mobipocket,   nook,   nook_color,   nook_hd_plus,
              pocketbook_900, pocketbook_pro_912, galaxy, sony, sony300, sony900, sony-landscape,
              sonyt3, tablet

       --version
              tunjuk nombor versi program dan keluar

PILIHAN INPUT

       Pilihan untuk mengawal pemprosesan fail input mobi

       --input-encoding
              Tentukan pengkodan aksara bagi dokumen yang di inputkan. Jika  di  setkan,  pilihan
              ini  akan membatalkan sebarang pengkodan yang diinyatakan oleh dokumen itu sendiri.
              Ia sangat berguna bagi dokumen-dokumen yang tidak menyatakan pengkodannya atau yang
              mempunyai kesilapan pernyataan pengkodan.

PILIHAN OUTPUT

       Pilihan untuk mengawal pemprosesan fail output epub

       --dont-split-on-page-breaks
              Matikan  pemisahan  pada  hentian  halaman.  Biasanya  fail  input  dipisah  secara
              automatik pada setiap hentian halaman  menjadi  dua  fail.  Ini  memberikan  e-buku
              output   yang   boleh   dihurai  lebih  pantas  dengan  kurang  penggunaan  sumber.
              Walaubagaimanapun, pemisahan adalah perlahan dan jika fail sumber anda  mengandungi
              jumlah  hentian  halaman  yang sangat besar, anda patut mematikan pemisahan hentian
              halaman.

       --epub-flatten
              Pilihan ini hanya diperlukan jika anda berniat untuk guna EPUB dengan FBReaderJ. Ia
              akan  ratakan  sistem fail yang ada di dalam EPUB, meletakkan semua fail dalam aras
              tertinggi.

       --epub-inline-toc
              Sisip Isi Kandunagan dalaman yang akan muncul  sebagai  sebahagian  dari  kandungan
              buku utama.

       --epub-toc-at-end
              Letak Isi Kandungan dalam garis dipenghujung buku selain di permulaan.

       --epub-version
              Versi  fail  EPUB  yang dijana. EPUB 2 adalah yang paling serasi, hanya guna EPUB 3
              jika anda benar-benar memerlukannya.

       --extract-to
              Ekstrak kandungan fail EPUB yang dijana ke  direktori  yang  dinyatakan.  Kandungan
              direktori adalah mula-mula dipadamkan, oleh itu hati-hati.

       --flow-size
              Pisah  semua  fail  HTML yang lebih besar dari saiz ini (dalam KB). Ia perlu kerana
              kebanyakan pembaca EPUB tidak dapat kendalikan saiz fail besar. Lalai 260KB  adalah
              saiz  yang diperlukan untuk Adobe Digital Editions. Tetapkan pada 0 untuk lumpuhkan
              pembahagian berasaskan saiz.

       --no-default-epub-cover
              Biasanya jika fail input tidak mempunyai kulit luar dan anda tidak nyatakan,  kulit
              lalai  dijana  dengan  tajuk, pengarang, dll. Pilihan ini lumpuhkan penjanaan kulit
              buku ini.

       --no-svg-cover
              Jangan guna SVG untuk kulit buku. Guna pilihan ini jika EPUB anda akan diguna dalam
              peranti  yang  tidak  menyokong format SVG, seperti iPhone atau JetBook Lite. Tanpa
              pilihan ini, peranti tersebut akan paparkan kulit buku sebagai muka kosong.

       --preserve-cover-aspect-ratio
              Bila menggunakan kulit hadapan SVG, pilihan  ini  akan  menyebabkan  kulit  hadapan
              diskalakan  untuk  meliputi kawasan skrin yang ada, tetapi masih mengekalkan nisbah
              bidangnya (nisbah lebar terhadap tinggi). Ini bermaksud akan wujud  sempadan  putih
              disisi  atau  atas dan bawah imej, tetapi imej tidak akan diherotkan. Tanpa pilihan
              ini imej akan menjadi sedikit herot, tetapi sempadan tidak akan wujud.

       --pretty-print
              Jika dinyatakan, pemalam output akan cuba cipta output yang boleh  dibaca  manusia.
              Mungkin tidak memberi kesan kepada beberapa pemalam output.

       --toc-title
              Tajuk bagi mana-mana isi kandungan dalaman yang terjana.

PENAMPILAN

       Pilihan untuk mengawal penampilan output

       --asciiize
              Transliterasi  aksara unikod menjadi perwakilan ASCII. Guna dengan hati-hati kerana
              ia akan menggantikan aksara unikod dengan ASCII. Contohnya ia  akan  ganti  "Михаил
              Горбачёв"  dengan  "Mikhail  Gorbachiov".  Dan  juga, dalam kes terdapat perwakilan
              berbilang aksarar (aksara yang dikongsi oleh  bahasa  Cina  dan  Jepun)  perwakilan
              berasaskan bahasa antaramuka calibre semasa akan digunakan.

       --base-font-size
              The  base  font  size  in pts. All font sizes in the produced book will be rescaled
              based on this size. By choosing a larger size you can make the fonts in the  output
              bigger  and  vice  versa. By default, when the value is zero, the base font size is
              chosen based on the output profile you chose.

       --change-justification
              Ubah kewajaran teks. Nilai "kiri" tukar semua teks terwajar di dalam sumber menjadi
              teks  terjajar  kiri  (iaitu. tidak terwajar). Nilai "wajar" tukar semua teks tidak
              terwajar menjadi terwajar. Nilai  "asal"  (lalai)  tidak  mengubah  kewajaran  fail
              sumber. Perhatian hanya beberapa format output menyokong kewajaran.

       --disable-font-rescaling
              Lumpuhkan semua penskalaan semula saiz fon.

       --embed-all-fonts
              Benamkan  setiap  fon  yang  dirujuk  dalam  dokumen  input tetapi sebenarnya tidak
              dibenam. Ia akan menggelintar fon tersebut dalam sistem anda, dan  jika  temui,  ia
              akan dibenamkan. Pembenaman hanya berlaku jika format yang anda tukar menyokong fon
              terbenam, seperti EPUB, AZW3, DOCX atau PDF. Sila  pastikan  anda  mempunyai  lesen
              untuk membenamkan fon tersebut untuk digunakan dalam dokumen ini.

       --embed-font-family
              Benamkan  keluarga  fon  tertentu  ke  dalam  buku. Ini menyatakan fon "dasar" yang
              digunakan untuk buku. Jika dokumen input  menyatakan  fonnya  sendiri,  ia  mungkin
              membatalkan  fon  dasar  ini.  Anda  boleh guna pilihan maklumat gaya penapis untuk
              membuang fon dari dokumen input. Perhatian pembenaman fon  hanya  berfungsi  dengan
              beberapa format output, biasanya EPUB, AZW3 dan DOCX.

       --expand-css
              Secara lalai, calibre akan guna kependekan untuk pelbagai sifat CSS seperti margin,
              pemadatan, sempadan, dll. Pilihan ini akan menyebabkan  ia  gunakan  bentuk  penuh.
              Perhatian  CSS  sentiasa  dikembangkan  bila menjana fail EPUB dengan profil output
              ditetapkan  pada  salah  satu  profil  Nook  kerana  Nook  tidak  dapat  kendalikan
              kependekan CSS.

       --extra-css
              Sama  ada  laluan  ke  lembaran  gaya CSS atau CSS mentah. CSS ini akan ditambah ke
              peraturan gaya dari fail sumber, supaya ia boleh digunakan untuk batalkan peraturan
              tersebut.

       --filter-css
              Satu  senarai  dipisah  tanda koma sifat CSS akan dibuang dari semua peraturan gaya
              CSS. Ia berguna jika kehadiran beberapa maklumat gaya menghalang ia dari dibatalkan
              oleh peranti anda. Contohnya: font-family,color,margin-left,margin-right

       --font-size-mapping
              Pemetaan  dari  nama  fon  CSS  ke  saiz  fon  dalam  pt.  Contoh  penetapan  ialah
              12,12,14,16,18,20,22,24. Ini merupakan pemetaan  untuk  saiz  xx-small  sehinggalah
              xx-large,  dengan  saiz akhir merupakan fon amat besar. Algoritma penskalaan semula
              fon gunakan saiz ini untuk skalakan semula fon  secara  pintar.  Lalai  ialah  guna
              pemetaan berdasarkan pada profil output yang anda pilih.

       --insert-blank-line
              Sisip  baris kosong diantara perenggan. Tidak akan berfungsi jika fail sumber tidak
              guna perenggan (tag <p> atau <div>).

       --insert-blank-line-size
              Tetapkan tinggi baris  kosong  yang  disisip  (dalam  em).  Tinggi  baris  diantara
              perenggan akan menjadi dua kali ganda nilai yang ditetapkan di sini.

       --keep-ligatures
              Kekalkan  ligatur  yang  hadir di dalam dokumen input. Ligatur ialah penerapan khas
              bagi pasangan aksara seperti ff, fi, fl dan  lain-lain.  Kebanyakan  pembaca  tidak
              mempunyai  sokongan bagi ligatur di dalam fon lalai mereka, jadi mereka tidak dapat
              diterap dengan betul. Secara  lalai,  calibre  akan  jadikan  ligatur  dalam  bentu
              pasangan aksara biasa berkenaan. Pilihan ini akan dikekalkan.

       --line-height
              Tinggi  baris  dalam  pt. Kawal jarak diantara baris berturutan teks. Hanya laksana
              pada unsur yang tidak takrif tinggi baris mereka  sendiri.  Dalam  kebanyakan  kes,
              pilihan  tinggi  baris  minimum adalah lebih berguna. Secara lalai tiada manipulasi
              tinggi baris dibuat.

       --linearize-tables
              Sesetengah dokumen direka teruk dengan jadual yang mana ia mengawal bentangan  teks
              dalam  halaman.  Bila  menukar dokumen ini biasanya teks terkeluar dari halaman dan
              ada  artifak  lain.  Pilihan  ini  akan  mengekstrak  kandungan  dari  jadual   dan
              persembahkannya dalam fesyen linear.

       --margin-bottom
              Tetapkan  margin  bawah  dalam pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan ini adalah kurang dari
              sifar yang akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin  dalam  dokumen
              asal  akan  dikekalkan).  Perhatian: Format berorientasikan halmaan seperti PDF dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --margin-left
              Tetapkan margin kiri dalam pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan  ini  adalah  kurang  dari
              sifar  yang  akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin dalam dokumen
              asal akan dikekalkan). Perhatian: Format berorientasikan halmaan  seperti  PDF  dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --margin-right
              Tetapkan  margin  kanan  dalam pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan ini adalah kurang dari
              sifar yang akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin  dalam  dokumen
              asal  akan  dikekalkan).  Perhatian: Format berorientasikan halmaan seperti PDF dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --margin-top
              Tetapkan margin atas dalam pts. Lalai ialah 5.0. Tetapan  ini  adalah  kurang  dari
              sifar  yang  akan menyebabkan tiada margin ditetapkan (tetapan margin dalam dokumen
              asal akan dikekalkan). Perhatian: Format berorientasikan halmaan  seperti  PDF  dan
              DOCX mempunyai tetapan margin mereka masing-masing.

       --minimum-line-height
              Tinggi  baris  minimum,  sebagai  peratus  unsur saiz fon yang dikira. calibre akan
              pastikan yang mana setiap  unsur mempunyai  tinggi  baris  sekurang-kurangnya  ikut
              tetapan  ini,  tidak  menuruti  apakah input dokumen tentukan. Tetapkan sifar untuk
              lumpuhkan. Lalai ialah 120%. Guna tetapan ini dalam keutamaan ke spesifikasi tinggi
              baru,  melainkan  anda  tahu  apa  yang anda buat. Contohnya, anda boleh dapat teks
              "berjarak ganda dua" dengan menetapkannya menjadi 240.

       --remove-paragraph-spacing
              Buang penjarakan diantara perenggan. Juga tetapkan inden  pada  perenggan  sebanyak
              1.5em.  Pembuangan penjarakan tidak berfungsi jika fail sumber tidak guna perenggan
              (tag <p> atau <div>).

       --remove-paragraph-spacing-indent-size
              Bila calibre membuang baris kosong diantara perenggan, ia tetapkan inden  perenggan
              secara  automatik  untuk  memastikan  perenggan  mudah  dikenalpasti.  Pilihan  ini
              mengawal lebar inden tersebut (dalam em). Jika anda tetapkan nilainya negatif, maka
              inden  yang  dinyatakan  dalam  dokumen  input  akan digunakan, iaitu calibre tidak
              mengubah indentasinya.

       --smarten-punctuation
              Tukar petikan, sengkang dan  elipsis  biasa  pada  yang  setara  setepatnya  secara
              tipografi.             Untuk            perincian,            sila            rujuk
              https://daringfireball.net/projects/smartypants

       --subset-embedded-fonts
              Sebset semua fon terbenam. Setiap fon terbenam dikurangkan hanya untuk  mengandungi
              glif  yang  diguna dalam dokumen ini. Ia kurangkan saiz fail fon. Berguna jika anda
              membenamkan fon besar tertentu yang mengandungi banyak glif yang tidak perlu.

       --transform-css-rules
              Laluan ke fail yang mengandungi peraturan pengubah gaya CSS dalam  buku  ini.  Cara
              termudah  mencipta  fail  sebegitu adalah dengan menggunakan bestari untuk mencipta
              peraturan di dalam GUI calibre. Capai ia dalam seksyen "Penampilan->Ubah gaya" bagi
              dialog  pertukaran.  Seusai  anda  mewujudkan  peraturan,  anda  boleh  guna butang
              "Eksport" untuk menyimpannya ke dalam fail.

       --unsmarten-punctuation
              Tukar petikan, sengkang dan elipsis yang pelik mengikut format piawainya.

PEMPROSESAN HEURISTIK

       Ubah suai teks dan struktur dokumen menggunakan corak umum. Dilumpuhkan secara lalai. Guna
       --enable-heuristics  untuk  dibenarkan. Tindakan individu boleh dilumpuhkan dengan pilihan
       --disable-
       *
       .

       --disable-dehyphenate
              Analisis perkataan bersempang menyeluruhi dokumen. Dokumen  itu  sendiri  digunakan
              sebagai  kamus  untuk  tentukan  sama  ada tanda sempang seharusnya dikekalkan atau
              dibuang.

       --disable-delete-blank-paragraphs
              Buang perenggan kosong dari dokumen bila ia wujud diantara setiap perenggan lain

       --disable-fix-indents
              Hidupkan identasi yang dicipta dari entiti jarak  tidak-henti  berbilang  ke  dalam
              inden CSS.

       --disable-format-scene-breaks
              Penanda  hentian  adegan  terjajar kiri adalah dijajar tengah. Ganti hentian adegan
              lembut yang guna baris kosong berbilang dengan peratusan mengufuk.

       --disable-italicize-common-cases
              Cari perkataan dan corak umum yang diwakili dengan condong dan kecondongan mereka.

       --disable-markup-chapter-headings
              Kesan pengepala dan sub pengepala bab. Ubah ia menjadi tag h2 dan h3.  Tetapan  ini
              tidak akan hasilkan TOC, tetapi boleh digunakan di dalam konjuksi dengan pengesanan
              struktur jika mahu membinanya.

       --disable-renumber-headings
              Cari kemunculan jujukan tag <h1> atau <h2>. Tag dinombor semula  untuk  menghindari
              pemisahan ditengah-tengah pengepala bab.

       --disable-unwrap-lines
              Nyahlilit baris menggunakan tanda baca dan lain-lain tanda pemformatan.

       --enable-heuristics
              Benarkan  pemprosesan  heuristik.  Pilihan  ini  mesti  ditetapkan  untuk mana-mana
              pemprosesan heuristik untuk dijalankan.

       --html-unwrap-factor
              Skala yang digunakan untuk menentukan panjang yang mana baris patut tidak  dililit.
              Nilai yang sah adalah desimal diantara 0 hingga 1. Lalai ialah 0.4, sedikit dibawah
              panjang baris median.  Jika  hanya  beberapa  baris  di  dalam  dokumen  memerlukan
              penyahlilitaan, nilai ini patut dikurangkan.

       --replace-scene-breaks
              Ganti  hentian  adegan dengan teks yang dinyatakan. Secara lalai, teks dari dokumen
              input digunakan.

GELINTAR DAN GANTI

       Ubahsuai teks dan struktur dokumen menggunakan corak ditakrif pengguna.

       --search-replace
              Laluan ke fail yang mengandungi ungkapan  nalar  gelintar  dan  ganti.  Fail  mesti
              mengandungi bari alternatif bagi ungkapan nalar yang diikuti oleh corak penggantian
              (yang boleh jadi baris kosong). Ungkapan nalar mesti dalam sintaks  ungkapan  nalar
              Python dan fail mesti terenkod UTF-8.

       --sr1-replace
              Penggantian untuk ganti teks yang ditemui dengan sr1-search.

       --sr1-search
              Gelintar corak (ungkapan nalar) yang diganti dengan sr1-replace.

       --sr2-replace
              Penggantian untuk ganti teks yang ditemui dengan sr2-search.

       --sr2-search
              Gelintar corak (ungkapan nalar) yang diganti dengan sr2-replace.

       --sr3-replace
              Penggantian untuk ganti teks yang ditemui dengan sr3-search.

       --sr3-search
              Gelintar corak (ungkapan nalar) yang diganti dengan sr3-replace.

PENGESANAN STRUKTUR

       Kawal pengesanan-automatik struktur dokumen.

       --chapter
              Ungkapan  XPath  untuk  mengesan  tajuk bab. Lalai ialah dengan menganggap tag <h1>
              atau  <h2>  yang  mengandungi  perkataan  "chapter","book","section",   "prologue",
              "epilogue",  atau  "part"  sebahagian  dari  tajuk  bab  serta  mana-mana  tag yang
              mempunyai class="chapter". Ungkapan digunakan mesti menilai  senarai  unsur.  Untuk
              lumpuhkan  pengesanan  bab,  guna  ungkapan "/". Sila rujuk Tutorial XPath di dalam
              Panduan Pengguna calibre untuk bantuan lanjut berkenaan penggunaan fitur ini.

       --chapter-mark
              Nyatakan bagaimana hendak tanda bab yang dikesan. Nilai "pagebreak"  akan  menyisip
              hentian  halaman  sebelum  bab.  Nilai "rule" akan menyisip satu baris sebelum bab.
              Nilai "none" akan lumpuhkan penandaan bab dan  nilai  "both"  akan  guna  kedua-dua
              hentian halaman dan baris untuk menanda bab.

       --disable-remove-fake-margins
              Sesetengah  dokumen nyatakan margin halaman dengan menyatakan margin kiri dan kanan
              pada setiap perenggan secara individu. Calibre  akan  cuba  mengesan  dan  membuang
              margin  ini.  Kadangkala,  ia  menyebabkan  pembuangan margin yang tidak sepatutnya
              dibuang. Dalam situasi ini anda boleh lumpuhkan pembuangan tersebut.

       --insert-metadata
              Sisip data meta buku pada permulaan buku. Ia berguna jika pembaca e-buku anda tidak
              menyokong papar/gelintar data meta secara langsung.

       --page-breaks-before
              Ungkapan  XPath.  Hentian  halaman  disisip  sebelum  unsur  yang dinyatakan. Untuk
              lumpuhkan penggunaan ungkapan: /

       --prefer-metadata-cover
              Guna kulit hadapan yang dikesan dari fail sumber dalam keutamaan ke  kulit  hadapan
              yang dinyatakan.

       --remove-first-image
              Buang  imej  pertama  dari  e-buku input. Berguna jika dokumen input mempunyai imej
              kulit buku yang tidak dikenalpasti sebagai kulit buku. Dalam situasi ini, jika anda
              tetapkan  kulit  buku  dalam  calibre, dokumen output akan mempunyai dua imej kulit
              buku jika anda tidak nyatakan pilihan ini.

       --start-reading-at
              Ungkapan XPath untuk mengesan lokasi dalam dokumen untuk mula  membaca.  Sesetengah
              program  membaca e-buku (umumnya Kindle) gunakan lokasi ini sebagai kedudukan untuk
              membuka buku. Sila rujuk tutorial XPath di dalam  Panduan  Pengguna  calibre  untuk
              bantuan lanjutan berkenaan penggunaan fitur ini.

ISI KANDUNGAN

       Kawal  penjanaan  automatik  Isi  Kandungan.  Secara lalai, jika fail sumber mempunyai Isi
       Kandungan, ia akan digunakan dalam keutamaan ke yang terjana secara automatik.

       --duplicate-links-in-toc
              Bila mencipta TOC dari pautan dalam dokumen input, benarkan masukan berganda, iaitu
              benarkan  lebih  dari  satu  masukan  dengan teks yang sama, yang mana ia menuju ke
              lokasi yang berbeza.

       --level1-toc
              Ungkapan XPath yang menyatakan semua tag perlu ditambah ke dalam Senarai  Kandungan
              pada aras satu. Jika ia dinyatakan, ia mendahului lain-lain bentuk auto-pengesanan.
              Sila rujuk Tutorial XPath dalam Panduan Pengguna calibre untuk lihat contoh.

       --level2-toc
              Ungkapan XPath yang menyatakan semua tag perlu ditambah ke dalam Senarai  Kandungan
              pada aras dua. Setiap masukan ditambah di bawah masukan aras satu sebelum ini. Sila
              rujuk Tutorial XPath dalam Panduan Pengguna calibre untuk lihat contoh.

       --level3-toc
              Ungkapan XPath yang menyatakan semua tag perlu ditambah ke dalam Senarai  Kandungan
              pada aras tiga. Setiap masukan ditambah di bawah masukan aras dua sebelum ini. Sila
              rujuk Tutorial XPath dalam Panduan Pengguna calibre untuk lihat contoh.

       --max-toc-links
              Bilangan pautan maksimum disisip ke dalam TOC. Tetapkan 0  untuk  lumpuhkan.  Lalai
              ialah:  50. Pautan hanya ditambah ke TOC jika kurang dari ambang bilangan bab telah
              dikesan.

       --no-chapters-in-toc
              Jangan tambah bab dikesan-sendiri ke Isi Kandungan.

       --toc-filter
              Buang masukan dari Isi Kandungan yang mana tajuk sepadan dengan ungkapan nalar yang
              dinyatakan. Masukan yang sepadan dan semua anaknya akan dibuang.

       --toc-threshold
              Jika lebih sedikit berbanding bilangan bab ini dikesan, maka pautan ditambah ke Isi
              Kandungan. Lalai: 6

       --use-auto-toc
              Biasanya, jika fail sumber sudah mempunyai Senarai Kandungan,  ia  digunakan  dalam
              keutamaan untuk auto-jana. Dengan pilihan ini, auto-jana sentiasa digunakan.

DATA META

       Pilihan untuk tetapkan data meta dalam output

       --author-sort
              Rentetan yang digunakan bila mengisih ikut pengarang.

       --authors
              Tetapkan pengarang. Pengarang berbilang seharusnya dipisah dengan tanda ampersand.

       --book-producer
              Tetapkan pengeluar buku.

       --comments
              Tetapkan keterangan e-buku.

       --cover
              Tetapkan kulit hadapan fail atau URL yang dinyatakan.

       --isbn Tetapkan ISBN buku.

       --language
              Tetapkan bahasa.

       --pubdate
              Tetapkan  tarikh penerbitan (dianggap dalam zon waktu setempat, melainkan zon waktu
              dinyatakan secara eksplisit)

       --publisher
              Tetapkan penerbit e-buku.

       --rating
              Tetapkan penarafan. Seharusnya nombor diantara 1 hingga 5.

       --read-metadata-from-opf, --from-opf, -m
              Baca data meta dari fail OPF yang dinyatakan. Data meta dibaca dari fail  ini  akan
              membatalkan mana-mana data meta dalam fail sumber.

       --series
              Tetapkan siri e-buku ini berasal.

       --series-index
              Tetapkan indeks buku dalam siri ini.

       --tags Tetapkan tag untuk buku. Seharusnya senarai dipisah dengan tanda koma.

       --timestamp
              Tetapkan setem masa buku (tiada lagi digunakan)

       --title
              Tetapkan tajuk.

       --title-sort
              Versi tajuk yang digunakan untuk pengisihan.

NYAHPEPIJAT

       Pilihan untuk bantu dengan menyahpepijat pertukaran

       --debug-pipeline, -d
              Simpan  output  dari  tahap  berlainan bagi penukaran talian paip ke direktori yang
              dinyatakan. Berguna jika anda tidak pasti pada tahap manakah proses penukaran  yang
              mana berlakunya pepijat.

       --verbose, -v
              Aras  kejelaan. Nyatakan berapa kali untuk lebih kejelaan. Menyatakan dua kali akan
              hasilkan  kejelaan  penuh,  sekali  kejelaan  sederhana  dan  sifar  paling  kurang
              kejelaan.

AUTHOR

       Kovid Goyal

COPYRIGHT

       Kovid Goyal